Ibu bapa tolak imunisasi, anak meninggal akibat difteria

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria atau akut pernafasan di daerah ini, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

“Kanak-kanak itu mula demam dan sakit tekak pada 4 Oktober lalu dan dibawa ibunya untuk mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober. Keesokan harinya, kanak-kanak berkenaan dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan.

“Pesakit kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak dan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober lalu kerana keadaan semakin lemah hingga memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Facebook
Telegram
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *