2025

29 dan 30 Julai 2025 – Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal dan Bengkel (SPAT MAKMAL 2025) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menghimpunkan pelbagai pihak yang terlibat dalam pengurusan makmal dan bengkel dari institusi pendidikan, penyelidikan serta industri, dalam usaha memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) secara menyeluruh.

9 Julai 2025 – Lawatan kerja Bahagian Pengurusan Risiko Dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UPSI) ke Pusat Pengurusan Risiko Dan Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar (OSHEC), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.






2024

20 Disember 2024 – ROSH , JPPHB UPSI bersama-sama Bomba Tanjong Malim telah menjalankan latihan pengunsian bangunan bagi Blok 8 dan Blok 9, Kampus Sultan Azlan Shah.

18 Disember 2024 – ROSH salah satu pusat tanggungjawab yang melalui proses Surveillance Audit 1 ISO 9001:2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

12 Disember 2024 – Sempena Majlis Ulang Tahun Pertama MARISK, Pengarah ROSH telah dijemput sebagai salah seorang panel forum mengupas isu-isu penting berkaitan “Daya Jangka Risiko Pendidikan Tinggi : Peranan, Keperluan dan Amalan Terbaik” dalam memastikan sistem pendidikan tinggi kekal berdaya tahan dan responsif terhadap cabaran masa depan.

11 Disember 2024 – ROSH sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Premis Makanan yang keahliannya terdiri daripada Pusat Kesihatan UPSI, Polis Bantuan UPSI, JPPHB UPSI, Jabatan Bendahari dan JHEPA, UPSI telah menganjurkan Kempen Premis Makanan Terbaik bagi meningkatkan tahap kebersihan dan kualiti premis makanan di UPSI .

5 Disember 2024 – ROSH telah menerima kunjungan hormat dari MPP UPSI Sesi 2024/2025.

21 November 2024 – ROSH telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pengurusan Jaminan Kualiti Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

13 November 2024 – Taklimat berkaitan dengan Pengurusan Bahan Kimia termasuk kaedah Pelupusan Buangan Terjadual telah dilaksanakan di Pusat Kesihatan Universiti. Taklimat ini disampaikan oleh ROSH yang diwakili oleh Pn. Siti Dewi Masitah.

13 November 2024 – ROSH telah melaksanakan sesi Ceramah Penerangan berkaitan Pindaan Akta KKP yang telah disampaikan oleh En Norhisham bin Ishak Pegawai dari JKKP Perak. Sesi berkenaan telah dijalankan di Dewan Kuliah 13, Kompleks Dewan Kuliah KSAS dengan dihadiri wakil2 dari pelbagai PTj dan peringkat jawatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga bermanfaat buat semua warga UPSI.

7 November 2024 – ROSH bersama JPPHB UPSI dan Bomba Tanjong Malim telah menjalankan latihan “fire drill” di Zon B KSAS yang melibatkan bangunan Blok 1 dan 2, Kampus Sultan Azlan Shah. Bangunan-bangunan ini menempatkan makmal-makmal sains dan pejabat Fakulti Sains dan Matematik.

25 Oktober 2024 – ROSH bersama JPPHB UPSI dan Bomba Tanjong Malim telah menjalankan latihan “fire drill” di bangunan Blok 3, Kampus Sultan Azlan Shah. Bangunan ini, menempatkan makmal-makmal sains dibawah Fakulti Sains dan Matematik. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar lokasi tempat berkumpul dan memperkenalkan ketua-ketua aras bangunan berkenaan.

23 Oktober 2024 – Fakulti Sains dan Matematik telah mengadakan satu taklimat berkaitan dengan Pengurusan Bahan Kimia termasuk kaedah Pelupusan Buangan Terjadual melibatkan makmal PdP dan makmal penyelidikan. Taklimat ini disampaikan oleh ROSH yang diwakili oleh Pn. Siti Dewi Masitah.

4 September 2024 – ROSH telah melaksanakan taklimat berkaitan pengurusan buangan terjadual kepada pusat tanggungjawab yang berkaitan. Antara pusat tanggungjawab yang terlibat dengan taklimat berkenaan adalah Pusat Kesihatan UPSI , Pusat Sukan UPSI , Fakulti Sains Kemanusiaan, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif.

8 Ogos 2024 – ROSH UPSI telah bersama-sama SCIROSH USIM, UMS, UniMAP dan UTHM menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Pembangunan Ekosistem Teknologi Dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertempat di USIM Nilai. Seminar ini dihadiri oleh pengamal-pengamal keselamatan dari industri dan institut pengajian termasuk 20 orang kakitangan UPSI yang turut menjadi peserta seminar.

26 Ogos 2024 – ROSH UPSI bersama ROSH UKM telah menjalin kerjasama dalam melaksanakan Program Pemerkasaan Kompetensi Pegawai ROSH UKM dan ROSH UPSI di Universiti Pendidikan Sultan Idris , program ini dimuatkan dengan beberapa pengisian seperti perkongsian pengurusan risiko di universiti masing-masing dan agensi luar, sesi lawatan dan perbincangan.

23 Ogos 2024 – ROSH bersama JPPHB UPSI , Bahagian Keselamatan UPSI dan Bomba Tanjong Malim telah melaksanakan Latihan Fire Drill bagi Bangunan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Negara NCDRC UPSI Page , Kampus Sultan Azlan Shah. Bangunan ini di bahagi beberapa blok yang juga menempatkan taska dan tadika.

3-4 Julai 2024 – ROSH bersama kerjasama pelbagai agensi dalam dan luar UPSI telah menganjurkan KEMPEN *REVOLUSI KESELAMATAN JALAN RAYA 2024*. Antara pengisian dalam kempen ini adalah forum keselamatan jalanraya yang ahli panelnya adalah Boss James dan Tuan Kamal Effendi.

26 Jun 2024 – ROSH telah turut serta dalam Hari Kesihatan 1.0 yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan UPSI . Dalam pameran tersebut ROSH telah mempamerkan sebahagian contoh alat lindung diri (ALD) yang telah ditetapkan sepertimana standard piawaian. Pemilihan ALD yang tepat adalah penting supaya dapat berfungsi dengan betul.

20 Jun 2024 – ROSH bersama JPPHB UPSI , Bahagian Keselamatan dan BOMBA TGM telah melaksanakan Latihan Fire Drill bagi Bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI yang melibatkan kakitangan perpustakaan dan Pejabat Karang Mengarang.

31 Mei 2024 – ROSH telah melaksanakan Bengkel Pemantapan Risiko Universiti bagi semua Ketua PTJ dan Pegawai Risiko PTJ UPSI. Bengkel ini berlangsung sehingga 2 Jun 2024 di Hotel Pearl Kuala Lumpur.

25/4/2024 – ROSH bersama pihak Bomba Tanjong Malim dan Jabatan Pengurusan Pembangunan & Harta Benda telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan untuk zon F, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang melibatkan bangunan Kompleks Ilmu Bersepadu. Latihan berkenaan bertujuan untuk menguji sistem pencegahan bangunan yang ada.

17/4/2024 – ROSH telah menguruskan untuk program Qalbu Portfolio Naib Canselor yang melibatkan pusat tanggungjawab ICT Centre, Sultan Idris Education University , Bahagian Pengurusan Kualiti, Jabatan Strategik, Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Perundangan, Unit Integriti dan Institut Peradaban Melayu. Acara yang dilaksanakan adalah merendang dan karaoke raya.

4/4/2024 – Pengarah ROSH, Prof Madya Dr Haniza Hanim Mohd Zain mewakili UPSI telah menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba Tanjong Malim atas segala bantuan dan khidmat yang diberikan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris selama ini.

11/3/2024 – ROSH bersama pihak Bomba Tanjong Malim dan JPPHB UPSI telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan untuk zon tempat berkumpul I, Kampus Sultan Azlan Shah yang melibatkan 2 bangunan iaitu Kompleks Akademik dan Pusat Aktiviti Pelajar. Kedua-dua bangunan ini menempatkan pejabat dan bilik-bilik kuliah. Antara pusat tanggungjawab yang terlibat adalah JHEPA, BHEA, Jabatan Bendahari, Perpustakaan Digital dan Sekolah Rendah Seri Budiman. Latihan berkenaan bertujuan untuk menguji sistem pencegahan bangunan yang ada dan kesiapsiagaan penghuni dalam berhadapan situasi kecemasan.

22/2/2024 – ROSH bersama pihak BOMBA TGM dan JPPHB UPSI telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan di Bangunan IPSI yang menempatkan kakitangan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI . Latihan berkenaan bertujuan untuk menguji sistem pencegahan bangunan yang ada dan kesiapsiagaan penghuni dalam berhadapan situasi kecemasan. Segala komen dan teguran dari pihak Bomba akan dihalusi dan ditingkatkan ke arah yang lebih baik.