PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Risiko dsan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaaan (BPRKKP) ditubuhkan mengikut keperluan arahan dasar kerajaan melalui Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan peraturan-peraturannya. BPRKKP mula ditubuhkan dibawah Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada 2 Januari 2003 yang dulunya dikenali sebagai Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Berkuatkuasa pada 6 September 2008 UKKP telah ditukarkan kepada BKKP dan diletakkan dibawah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB). Selanjutnya, berkuatkuasa pada 16 Mac 2012, BKKP telah ditukar kepada Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pada Julai 2012, UKKP telah diletakkan semula dibawah Jabatan Pendaftar.

Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (BPRKKP) telah ditubuhkan pada Mei 2017. BPRKKP merupakan pusat tangungjawab yang terlibat dengan penstrukturan semula gabungan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan Unit Pengurusan Risiko (UPR).

Sehingga kini, BPRKKP digerakkan oleh 6 orang kakitangan UPSI yang terdiri daripada seorang Pengarah, seorang Pegawai Sains, 2 orang Penolong Pegawai Sains, dan 2 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).