2024

FD Kompleks Akademik

“Fire Drill” di Zon I, KSAS

11 Mac 2024 – ROSH bersama pihak Bomba Tanjong Malim dan JPPHB UPSI telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan untuk zon tempat berkumpul I, Kampus Sultan Azlan Shah yang melibatkan 2 bangunan iaitu Kompleks Akademik dan Pusat Aktiviti Pelajar. Kedua-dua bangunan ini menempatkan pejabat dan bilik-bilik kuliah. Antara pusat tanggungjawab yang terlibat adalah JHEPA, UPSI, BHEA, Jabatan Bendahari KSAS, Perpustakaan Digital, dan Sekolah Rendah Seri Budiman.

IPSI Fire Drill

“Fire Drill” di Bangunan IPSI

22 Februari 2024 – ROSH bersama pihak BOMBA TGM dan JPPHB UPSI telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan di Bangunan IPSI yang menempatkan kakitangan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI . Latihan berkenaan bertujuan untuk menguji sistem pencegahan bangunan yang ada dan kesiapsiagaan penghuni dalam berhadapan situasi kecemasan.

FD Muzik

“Fire Drill” di Bangunan IPSI

23 Januari 2024 – ROSH bersama pihak BOMBA TGM dan JPPHB UPSI telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan di Bangunan Kompleks Muzik yang menempatkan ruang pejabat dan bilik-bilik studio juga Panggung Budaya, UPSI.

2023

FD Bangunan Canselori

“Fire Drill” di Bangunan Canselori

4 Disember 2023 – Latihan pengunsian bangunan telah dilaksanakan untuk penghuni-penghuni di Zon B KSAJS yang melibatkan Bangunan Canselori. Latihan ini bertujuan untuk menguji sistem kelengkapan peralatan kecemasan yang ada dalam bangunan dan menilai kecekapan penghuni dalam berdepan situasi kecemasan.

Lebah Tapak Konvo

Musnah Kawanan Lebah Tapak Pesta Konvokesyen

23 November 2023 – ROSH mengucapkan jutaan terima kasih kepada BOMBA TGM atas tindakan pantas dalam membantu memusnahkan kawanan lebah di tapak Pesta Konvokesyen UPSI.

Webinar Vektor

Webinar Ancaman Bawaan Vektor : Kecil Tapi Berbisa

9 November 2023 –  Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BPRKKP) akan menganjurkan Webinar Ancaman Bawaan Vektor : Kecil Tapi Berbisa. Webinar tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Muallim, Dr. Mohd Ramzie bin Mohammad Isa.

Meyuarat Pengurusan Risiko

Bengkel Pemurnian Perlembagaan Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam

19 Oktober 2023 –  Bengkel Pemurnian Perlembagaan Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam 2023 telah berlangsung di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Forum Risiko DALAM PERANCANGAN Strategik Universiti Awam

FORUM – Risiko Dalam Perancangan Strategik Universiti Awam

18 Oktober 2023 –  Dato’ Naib Canselor UPSI telah menjadi ahli panel untuk Forum Risiko Dalam Perancangan Strategik Universiti Awam. Forum tersebut telah dianjurkan oleh ROSH UPSI bersama SCIROSH USIM sebagai Jawatankuasa Penaja Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam. Forum tersebut telah berlangsung di Bilik Bacaan 24, Perpustakaan Tunku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tebuan Arca copy

Permusnahan Sarang Tebuan Laman Arca

10 Oktober 2023 – ROSH telah menguruskan kerja-kerja permusnahan sarang tebuan di atas pokok di Laman Arca, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI yang dilaksanakan oleh BOMBA TGM dengan bantuan kren daripada Majlis Daerah Tanjong Malim .ROSH mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. Tindakan yang dibuat adalah untuk memastikan warga kampus berada dalam persekitaran yang bebas dari gangguan serangga berbisa ini.

Bengkel Vektor

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Tindakan Vektor UPSI

10 Oktober 2023 – ROSH telah menyusun dan melaksanakan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Tindakan Vektor untuk digunapakai dalam UPSI. Pusat Kesihatan UPSI menerangkan tindakan yang telah dilaksanakan dan keperluan untuk diwujudkan garis panduan ini. Garis panduan ini disediakan adalah untuk menjadi sumber rujukan kepada umum tindakan dan kawalan pihak terlibat yang harus dilakukan dalam membendung penularan wabak denggi.

Lantai Licin

Simbolik Peringatan Mesra

15 September 2023 – Simbolik peringatan mesra kawasan berisiko jatuh dalam bangunan yang
berpunca dari air hujan telah disampaikan oleh Pengarah ROSH, Prof Madya Dr Haniza Hanim binti Mohd Zain kepada Pengarah Jabatan Strategik, Prof Madya Dr Azmi bin Mohamed selaku wakil pemilik Bangunan Canselori.

IMG_20230912_100755

Latihan Pengunsian Bangunan Zon D KSAJS

12 September 2023 – Latihan pengunsian bangunan telah dilaksanakan untuk penghuni-penghuni Zon D yang melibatkan 3 bangunan iaitu Kompleks Malim Sarjana, Blok C dan Blok D. Taklimat berkaitan keselamatan diri telah disampaikan oleh En.Yussli, Pegawai Bomba Tanjong Malim.

368070991_710869241056137_5930585604738014710_n

Taklimat kepada Pengusaha Premis Makanan

17 Ogos 2023 – ROSH telah melaksanakan taklimat kepada semua pengusaha premis makanan dalam kampus UPSI. Taklimat ini melibatkan pusat-pusat tanggungjawab yang berkaitan terutamanya Pusat Kesihatan UPSI , Bahagian Keselamatan, JPPHB UPSI dan pentadbir-pentadbir premis. Sesi taklimat seperti ini adalah satu medan yang baik untuk memastikan jaminan kualiti dalam pengurusan dan penyediaan makanan.

363838706_701131138696614_5838041777478306871_n

Latihan Pengunsian Bangunan NCDRC, KSAS

31 Julai 2023 – Latihan Pengunsian Bangunan telah dilaksanakan bagi bangunan NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah. Taklimat dan komen berkaitan latihan telah disampaikan oleh pegawai bomba Balai Bomba Tanjong Malim, En.Yussli sebagai pemerhati. Setelah tamat latihan, kanak-kanak NCDRC diberi peluang untuk bergambar bersama jentera bomba. Terima kasih tak terhingga kepada JPPHB UPSI dalam membantu menjayakan latihan berkenaan.

359212952_691576206318774_564430413109045146_n

Pemeriksaan Peralatan Sistem Pencegahan Kebakaran di Bangunan NCDRC, KSAS

14 Julai 2023 – Pemeriksaan Peralatan Sistem Pencegahan Kebakaran bagi Bangunan NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah telah dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba Tanjong Malim.

352379175_676755204467541_2614467248410290624_n

Latihan Pengunsian Bangunan 

20 Jun 2023 – Latihan Pengunsian Bangunan telah dilaksanakan bagi Blok 8, Blok 9 dan Pejabat ICT, Kampus Sultan Azlan Shah. Zon tempat berkumpul bagi blok-blok berkenaan adalah di Tapak Parkir Hadapan Pejabat ICT. Segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang dimaklumkan oleh BOMBA akan teliti dan dilaksanakan bagi meningkatkan keseriusan organisasi blok-blok berkenaan dalam menghadapi kecemasan.

353775847_672452764897785_4289398316358644162_n

Pemeriksaan Peralatan Pencegahan Kebakaran

13 Jun 2023 – Pemeriksaan Peralatan Pencegahan Kebakaran bagi Pusat ICT, Blok 7 dan 8 termasuk rumah pam di Kampus Sultan Abdul Azlan Shah UPSI oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba Tanjong Malim. Pemeriksaan dibuat adalah untuk memastikan peralatan berada dalam keadaan baik. Terima kasih JPPHB UPSI yang sentiasa berusaha memastikan kelengkapan peralatan sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan ketika kecemasan.

349735411_1712394305847621_5223809336682989264_n

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko kali ke-3 Bil.2/2023

30 Mei 2023 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko kali ke-3 Bil.2/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama UPSI. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua wakil-wakil bagi setiap kategori risiko operasi.

349648163_2572708296213622_97619169903389529_n

Pemeriksaan Ulangan Dandang dan Pengandung Tekanan di KSAJS

25 Mei 2023 – Pemeriksaan Ulangan telah dilaksanakan oleh JKKP Perak bagi unit-unit dandang dan pengandung tekanan untuk Kampus Sultan Abdul Jalil Shah berdasarkan kepada pematuhan Akta Kilang dan Jentera 1967. Terdapat beberapa penambahbaikan dari segi kesiapsiagaan pengendali dalam memastikan peralatan tersedia untuk diperiksa.

346457274_3390740881190146_5163070611088619973_n

Latihan Pengunsian Bangunan di Perpustakaan Tuanku Bainun, KSASJ 

12 Mei 2023 – ROSH telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan untuk bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI yang melibatkan 2 pusat tanggungjawab iaitu PTB dan Pejabat Karang Mengarang (PKM). Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada penghuni bangunan berkaitan langkah-langkah menyelamatkan diri. Taklimat berkaitan keselamatan bangunan telah disampaikan oleh En. Zaini bin Salleh, Pegawai Bomba Tg.Malim.
346277350_961456378219148_9175202207509913836_n

Sesi Penutupan Hasil Dapatan CHRA

11 Mei 2023 – Setelah 2 hari Fakulti Sains dan Matematik (FSM) melalui penaksiran risiko oleh pengapit/”assessor”, hari ini adalah sesi penutupan hasil dapatan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan di FSM. Segala dapatan daripada pengapit akan diberi penekanan bagi meningkatkan kawalan terhadap bahan kimia. Terima kasih kakitangan FSM yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melancarkan proses penaksiran yang dilakukan

346073494_3745315485696140_143678665788395029_n

Qalbu Bestnya Raya @ Portfolio Canselori 2023

10 Mei 2023 – ROSH telah memenuhi program Qalbu Bestnya Raya di bawah Portfolio Canselori yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat. Dalam program itu, ROSH telah menyertai aktiviti anyam ketupat Anyam Sampai Jadi, pertandingan memasak rendang Ketuk-Ketuk Rendang Raya dan sambutan jamuan raya. Dalam pertandingan merendang, ROSH telah diminta bergabung dengan Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ). Oleh kerana rasa dan rupa rendang yang hampir sama dengan enam kumpulan lain yang bertanding, penentuan juara adalah sangat sengit, alhamdulillah kumpulan ROSH-BPQ telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3.

345431867_1572397246581282_4850423301690934572_n

Sesi Perbincangan bagi Pengemaskinian & Penambahbaikan Sistem Pengurusan Risiko

9 Mei 2023 – Setelah ujicuba sistem pengurusan risiko dilaksanakan, satu sesi perbincangan dibuat untuk mengemaskini dan menambahbaik sistem berkenaan. Kewujudan sistem yang dijana oleh Pusat ICT UPSI ini adalah untuk memudahkan kawalan terhadap daftar risiko universiti.

345859393_1475659006504890_8645276481083901421_n

Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan (CHRA)

9 Mei 2023 – Bermula hari ini sehingga 11 Mei 2023 akan berjalan Penaksiran Risiko Bahan Kimia kepada Kesihatan di Fakulti Sains Matematik oleh pengapit/”assessor”. Tujuan utama penaksiran ini dibuat adalah untuk menilai tahap pendedahan bahan kimia kakitangan universiti yang bekerja di dalam makmal seterusnya kawalan-kawalan yang harus dilaksanakan supaya risiko pendedahan pada tahap yang paling minima.

345826388_2149996961868189_3870099541010723384_n

Pemeriksaan Peralatan Pencegahan Kebakaran Perpustakaan Tuanku Bainun, KSAJS UPSI

8 Mei 2023 – Pemeriksaan Peralatan Pencegahan Kebakaran bagi Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI . Pemeriksaan dibuat adalah untuk memastikan peralatan dalam keadaan baik. Terima kasih JPPHB UPSI yang sentiasa berusaha memastikan kelengkapan peralatan sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan ketika kecemasan.

340331759_1438477013558626_2642555508367229425_n

Webinar Diet, Kolestrol & Raya

18 April 2023 – ROSH merakamkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai webinar “Diet, Kolesterol dan Raya”. Segala info yang telah disampaikan oleh panel jemputan Dr. Shareez Sani dari UniMAP dapatlah sedikit sebanyak dijadikan panduan untuk sama-sama menjaga kesihatan diri.

342037677_1257029978269814_3003720489903566495_n (1)

Taklimat CHRA

17 April 2023 – Satu taklimat diadakan berkaitan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (CHRA) yang akan dijalankan oleh konsultan terlatih. Adalah menjadi tanggungjawab majikan memastikan pekerja tidak terdedah kepada bahan kimia berbahaya melebihi dari kapasiti yang dibenarkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.

341316331_1238439110117851_2414754043929455359_n

Risiko Operasi Bahagian Keselamatan

13 April 2023 – Sesi diskusi ‘brainstrom’ berkaitan daftar risiko operasi bagi Bahagian Keselamatan UPSI. ROSH sebagai penyelaras risiko akan meneliti setiap kategori risiko operasi untuk dikemaskini mengikut kesesuaian semasa.

340966878_656246132978385_6148429745807804461_n

Kerja Permusnahan Sarang Tebuan di Hadapan Blok Antarabangsa, KAB

11 April 2023 – Dalam memastikan persekitaran yang kondusif untuk warga kampus, ROSH telah menguruskan kerja permusnahan sarang tebuan di hadapan Blok Antarabangsa, KAB. Kerja tersebut telah dilaksanakan oleh Bomba Tanjong Malim. Terima kasih diatas bantuan dari agensi Bomba yang sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas lebih-lebih lagi ketika di dalam bulan Ramadhan.

340762196_743523867267752_1940299942095515361_n

Sesi Diskusi Santai Daftar risiko

10 April 2023 – Sesi diskusi santai dan ‘brainstrom’ berkaitan daftar risiko operasi bagi Bahagian Pengurusan Risiko & Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPSI (ROSH). Daftar risiko yang telah wujud dimurnikan dengan beberapa kemaskini dibuat pada isu dan tindakan kawalan.

337270047_893574501902106_258709175174793823_n

HIRARC Pejalan Kaki

21 Mac 2023 – Satu perbincangan telah diadakan untuk menyediakan HIRARC bagi laluan pejalan kaki dalam kampus. Perbincangan ini dibuat supaya kawalan risiko dapat dikenalpasti bagi mengurangkan bahaya yang boleh mengundang kepada kemalangan dan kecederaan pada pengguna.

337294572_122179784049256_4133954743903707790_n

Latihan Pengunsian di Zon D

21 Mac 2023 – ROSH telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan untuk beberapa bangunan iaitu Blok 4, 5, 6, 10 dan Kompleks Makmal Penyelidikan KSAS bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan langkah-langkah menyelamatkan diri. Taklimat berkaitan keselamatan bangunan telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Tg.Malim.

335297043_1151285962146695_1616089996252537780_n

Perbincangan Kawalan Vektor Kolej Za’ba &  Kolej Aminuddin Baki

16 Mac 2023 – Dalam memastikan persekitaran selamat dan sejahtera bebas dari segala wabak penyakit bawaan vektor. ROSH telah mengadakan satu sesi perbincangan yang mengkhususkan kepada 2 kolej kediaman iaitu Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za’ba. Hasil perbincangan akan diambil tindakan dari masa ke semasa.

335908246_146188381409201_1776907422658534720_n

Pemeriksaan Ulangan Lif di KSAJS

16 Mac 2023 – Pemeriksaan Ulangan oleh JKKP Perak bagi unit-unit lif di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Alhamdulillah, dengan penyelenggaraan berkala secara berjadual yang diaturkan oleh Unit Mekanikal JPPHB UPSI , semua lif berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

335851539_739758160974530_7587556367474424428_n

Kerja Permusnahan Sarang Tebuan di Bilik Mesyuarat NCDRC

15 Mac 2023 – Pada jam 9.30 malam, ROSH telah bersama-sama dalam operasi pemusnahan sarang tebuan di bawah bumbung atas siling Bilik Mesyuarat NCDRC. Operasi ini telah dilaksanakan oleh Bomba Tanjong Malim dengan bantuan kontraktor JPPHB UPSI. Laluan masuk ke sarang tebuan terpaksa dilakukan melalui bumbung kerana keadaan bumbung yang tinggi. Operasi berkenaan agak sukar hingga berlarutan hampir ke jam 2.00 pagi 16/3/2023.

336371566_1806993849701219_6181994328010010745_n

Pemeriksaan Sistem Penggera Kecemasan

14 Mac 2023 – Pegawai Bomba Tanjong Malim bersama JPPHB UPSI dan ROSH menjalankan pemeriksaan sistem penggera kecemasan di beberapa bangunan iaitu Blok 4,5,6,10 dan Makmal Penyelidikan Pendidikan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) termasuk rumah-rumah pam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik.

334128684_692701655872855_5469014026941953560_n

Bengkel Pengurusan Sisa Terjadual

2 Mac 2023 – Unit Latihan BSM bersama ROSH telah melaksanakan 1 kursus Pengurusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) bertempat di Bilik Seminar, Blok 1, Fakulti Sains Matematik (FSM) bagi sesi pagi dan di Makmal Biologi 2, Blok 2, FSM bagi sesi sebelah petang. Kursus ini telah dikelola oleh Pegawai Sains Kanan, Cik Siti Rahimah dari ROSH-UKM. Kursus ini melibatkan kakitangan yang terdedah secara langsung dengan pengurusan bahan kimia terutamanya di makmal. Selain Fakulti Sains Matematik (FSM), PTj lain yang terlibat adalah Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI dan Pusat Sukan.

334160177_954491765566882_7848656912761665537_n

Pemeriksaan Pertama Pengandung Tekanan

2 Mac 2023 – Pegawai dari JKKP Perak telah menjalankan Pemeriksaan Pertama bagi 1 unit Pengandung Tekanan di Garaj ATV, Pusat Kokurikulum. Pemeriksaan dibuat bagi memastikan jentera berkenaan berada dalam keadaan baik untuk beroperasi.

330781628_929525254873049_5070753054339467362_n

Kunjungan Hormat MPP

17 Februari 2023 – ROSH telah menerima kunjungan daripada wakil saf kepimpinan MPP 2022/2023 yang baru. Pertemuan ini adalah inisiatif yang sangat baik untuk kedua-dua belah pihak supaya segala perancangan dapat dilaksana dengan jayanya. ROSH sentiasa menyokong segala usaha murni MPP dalam mengurus hal ehwal pelajar. Diharapkan MPP UPSI berada pada kelas yang tersendiri dan menjadi sumber rujukan dari universiti yang lain.
Selamat menjalankan amanah untuk telah diberikan.
329285696_2321934391303356_1377166665756182361_n

Uji Cuba Sistem Pengurusan Risiko 

10 Februari 2023 – Satu taklimat dan ujicuba sistem pengurusan risiko UPSI telah diadakan di Makmal Komputer, Pusat ICT KSAS. Hasil daripada inisiatif ROSH dan berkat kerja kuat staf Pusat ICT UPSI maka 1 sistem Daftar Pengurusan Risiko telah berjaya dibina bagi menggantikan kaedah yang lama. Walaupun masih di peringkat percubaan, sistem ini membantu memudahkan proses pendaftaran dan kawalan terhadap risiko-risiko UPSI.U

329197058_717187159900944_5751547323251793862_n

Program Qalbu Portfolio Naib Canselor

8 Februari 2023 – Program Qalbu Portfolio Naib Canselor telah berjaya dilaksanakan di UPSI Advanture Park. Program ini dikendalikan oleh ROSH dengan kerjasama erat PTj Institut Peradaban Melayu (IPM). Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan jaringan ukhuwah di kalangan kakitangan. Jaringan sebegini dapat membantu mewujudkan budaya kerja yang lebih proaktif

323455318_761063221608776_2088625245168049593_n

Perbincangan Penyelarasan  Pengurusan RIsiko Operasi

31 Januari 2023 – Sesi Perbincangan Penyelarasan Pengurusan Risiko Operasi kategori Akademik bersama wakil BHEA dan IPS. Risiko Operasi adalah risiko yang diurus secara terus oleh ROSH

Kerja Pemusnahan Sarang Lebah DTC dan Blok KSAS

30 Januari 2023 – ROSH telah menguruskan kerja-kerja pemusnahan sarang lebah yang dilaksanakan oleh Bomba Tg. Malim di Dewan Tunku Canselor dan Blok 6, FSSKJ KSAS. Kerja pemusnahan dilakukan pada waktu gelap adalah untuk mengelakkan kawanan lebah terbang keluar dari sarang dan ada risiko menyerang individu yang berada hampir dengannya.

Pemusnahan Sarang Lebah MIB

28 Januari 2023 – ROSH telah menguruskan kerja-kerja pemusnahan sarang lebah yang dilaksanakan oleh Bomba Tg. Malim di belakang Makmal Ilmu Bersepadu. Tindakan dilakukan bagi mengelakkan gangguan serangga berkenaan memasuki ruang-ruang dalam bangunan yang seringkali digunakan oleh para pelajar UPSI.

326952406_2973857712920608_7160267267180608451_n

Perbincangan PPE Pusat Ko 

27 Januari 2023 – Sesi perbincangan berkaitan pembekalan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada kakitangan di Pusat Kokurikulum UPSI. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan kebajikan kakitangan dibawahnya sentiasa dalam keadaan selamat dan sihat.

326783001_734757381660572_4151818867348707420_n

Perbincangan Pengurusan Bahan Kimia FSM 

26 Januari 2023 – Sesi Perbincangan ROSH bersama Fakulti Sains Matematik (FSM) berkaitan dengan Pengurusan Bahan Kimia di pusat tanggungjawab ke arah penyediaan penaksiran risiko bahan kimia merbahaya kepada kesihatan.

323422102_850944302838791_8993464932787589173_n

Pengunsian Bangunan Kompleks Akademik 

19 Januari 2023 – ROSH telah melaksanakan latihan pengunsian bangunan untuk Kompleks Akademik KSAS yang merupakan antara bangunan baru di UPSI. Latihan ini pertama kali diadakan di bangunan tersebut setelah SOP Pandemik Covid-19 dilonggarkan. Taklimat berkaitan keselamatan diri yang diberikan oleh Pegawai Bomba Tg.Malim sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada penghuni bangunan, tindakan yang harus dilakukan sekiranya berlaku kecemasan

18 Jan

Pemeriksaan Ulangan Lif KSAS

18 Januari 2023 – Pemeriksaan Ulangan oleh JKKP Perak bagi unit-unit lif di Kampus Sultan Azlan Shah. Alhamdulillah, dengan penyelenggaraan berkala secara berjadual yang dilakukan, semua lif berada dalam keadaan baik.

Pemeriksaan Bangunan

Pemeriksaan Sistem Pencegahan Kebakaran Kompleks Akademik

17 Januari 2023 – ROSH dan Pihak BOMBA telah melaksanakan pemeriksaan sistem pencegahan kebakaran bagi Kompleks Akademik bersama dengan Unit Mekanikal JPPHB dalam memastikan sistem berkenaan berada dalam mod sedia setiap masa

Mesyuarat Kafe

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Premis Makanan Kali ke-4 Bil.1/2023

9 Januari 2023- ROSH sebagai urusetia premis makanan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Premis Makanan kali ke-4 Bil.1/2023 dan Taklimat Dasar & Garis Panduan Pengurusan Premis Makanan UPSI.

Ancaman Akidah

Forum: Risiko Ancaman Akidah! Sejauhmana Anda Sedar?

20 November 2022 – ROSH bersama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) telah menganjurkan 1 forum berkaitan akidah bagi memberi pendedahan kepada warga kampus tentang bahaya ajaran sesat dan berkongsi pemahaman kepada warga kampus berhubung dengan fahaman luar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Webinar PLUS UPSI

Webinar Membudayakan Keselamatan Jalan Raya

20 September 2022 – Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BPRKKP), UKLK dengan kerjasama PLUS Berhad telah mengadakan webinarberkaitan jalan rya yang bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua termasuk komuniti.

WhatsApp Image 2023-02-14 at 13.05.16

Perbincangan Penyediaan CHRA dan HIRARC FSM

7 September 2022 – ROSH telah mengadakan perbincangan bersama wakil kakitangan Fakulti Sains dan Matematik (FSM) yang secara langsung terlibat dengan pengurusan makmal bagi menyediakan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya (CHRA) dan kemaskini Pengenalpastian Hazad, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) di FSM.

Kursus Jentera

Kursus Pengurusan dan Penyelenggaraan Jentera

26 Julai 2022 – ROSH telah mengambil insiatif bagi memberi pendedahan kaedah dan pengendalian unit-unit pengandung tekanan. Unit pengandung tekanan adalah salah satu daripada jentera yang memerlukan Sijil Akuan Jentera yang harus diperbaharui setiap 15 bulan melalui pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP / DOSH). Syarikat One Diversity Sdn. Bhd. telah dipanggil untuk  berkongsi maklumat berkenaan kepada seramai 35 orang kakitangan UPSI yang terlibat.

 
Sukan IPT

Pemeriksaan Sistem Pencegahan Kebakaran

19 Julai 2022 – UPSI telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang akan diadakan pada 11-21 Ogos 2022. Jesteru itu, ROSH bersama Bomba Tanjong Malim dan Unit Mekanikal JPPHB telah menjalankan pemeriksaan terhadap Sistem Fire Fighting di venue-venue acara bagi memastikan kelancaran acara sukan berkenaan.

Fire Drill KZ

Latihan “Fire Drill” Kolej Kediaman Za’ba

1 Julai 2022 – Satu latihan telah diadakan Latihan “Fire Drill” di Kolej Kediaman Za’ba. Terdapat kelainan yang dipersembahkan oleh Majlis mahasiswa Kolej kepada penghuni dalam latihan ini, dimana terdapat mangsa yang cedera dan sesak nafas dalam bangunan yang perlu diselamatkan penghuni dan pihak bomba.

Latihan “Fire Drill” Kolej Kediaman Ungku Omar dan Kolej Kediaman Awang Had Salleh

28 Jun 2022 – Satu latihan telah diadakan Latihan “Fire Drill” di Kolej Kediaman Ungku Omar dan Kolej Kediaman Awang Had Salleh.

Pesta Konvo

Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke 23

18 – 25 Jun 2022 – Sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI di musim pandemik yang masih belum berakhir, pihak ROSH telah mengambil berperanan menjadi pengawai pemantau dalam memastikan pengawalan terhadap SOP Covid dilaksanakan. 

Taklimat Penyambut Tetamu

Taklimat SOP Covid-19

14 Jun 2022 – Satu taklimat telah diberikan kepada semua penyambut tetamu/pengiring dalam Bengkel Protokol dan Etiket Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) bertempat di Dewan Seminar Hotel Scholar Suite UPSI.

Saguhati Tiba2 Raya

Sambutan Hari Raya Peringkat UPSI

24 Mei 2022 – ROSH telah berjaya mendapat saguhati berupa wang tunai RM50 dalam pertandingan fotografi raya bertemakan “Tiba-tiba Raya” sempena sambutan hari raya. 

Semakan Semula  Dasar Pengurusan Risiko Universiti

21-23 Mei 2022 – Mesyuarat Semakan Semula Dasar Pengurusan Risiko Universiti telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam yang melibatkan pengurus-pengurus bagi setiap risiko operasi. 

Pengambaran Video Keselamatan Bangunan

20 Mei 2022 – Dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua warga UPSI termasuk pelawat berada dalam keadaan selamat dan sihat, ROSH dengan kerjasama BKK telah membuat pengambaran untuk penyediaan video keselamatan bangunan. Video ini dibuat adalah untuk memberi penerangan kepada semua berhubung tindakan yang harus dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.

Webinar 3.0

Webinar 3.0 : Raya Raya Juga, Keselamatan Jangan Dilupa

26 April 2022 – Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H, dan kemeriahan raya yang dijangka  luarbiasa kerana semua sudah dapat pulang ke kampung halaman, jutaan kenderaan akan menggunakan jalanraya terutamanya lebuhraya. Jesteru itu, ROSH mengambil inisatif menganjurkan webinar bagi memberi peringatan kepada semua berkaitan keselamatan jalan raya. ROSH menampilkan 2 panel dari agensi luar iaitu dari Plus Berhad dan JPJ.

Lupus Bhn Kimia

Kerja-kerja Perlupusan Sisa Bahan Terjadual

13 April 2022 – ROSH telah menguruskan perlupusan sisa bahan terjadual bagi pertengahan tahun pertama. Perlupusan dilaksanakan setelah penghantaran sisa dari PTj ke Stor Sisa Bahan Terjadual. Pengumpulan dilakukan oleh ROSH pada setiap minggu.

16532776860201

Majlis Menandatangani Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)

24 Mac 2022 – Dato’ Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Mohd Amin bin Mat Taff telah menandatangani Dasar KKP yang telah dibuat semakan dan dikemaskini oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk. Majlis tandatangan ini dilaksanakan bersempena Majlis Apresiasi Jawatankuasa Cendekia dan Petugas Covid Busters UPSI.

1653293388703

Taklimat Bekerja Tempat Tinggi Kontraktor Pencucian Bangunan

4 Mac 2022 – ROSH mengambil inisiatif memeriksa peralatan dan memberi taklimat berkaitan bekerja tempat tinggi kepada kontraktor pencucian bangunan bagi memastikan keselamatan diri dan orang lain sentiasa dalam keadaan baik.

Lawatan MPP ke ROSH

24 Februari 2022 – Seramai 3 orang wakil dari ahli tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang 2020/2021 dan 2 wakil MPP sidang 2022/2023 telah datang ke ROSH sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang bakti dalam menguruskan hal ehwal pelajar terutama semasa PKP dan juga sesi pengenalan MPP sidang baru.

1653275143607

Taklimat Persediaan Fire Drill Bagi Kesemua Ketua-Ketua Aras Bangunan

21 Januari 2022 – Seramai lebih 40 pegawai yang dilantik sebagai ketua aras bangunan di kedua-dua kampus telah diberi taklimat berkaitan latihan pengungsian bangunan oleh Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Tanjung Malim. Taklimat ini diberikan sebagai satu persediaan untuk melaksanakan latihan berkenaan yang dijadualkan sepanjang tahun 2022.

2021

aktiviti sanitasi

Sanitasi 2021

Sepanjang Julai hingga Disember 2021 – Pasukan Sukarelawan Sanitasi Covid-19 telah berjaya melaksanakan 23 tempat/ruang sanitasi.

Webinar Psikososial

Webinar 2.0 : Kesejahteraan Emosi dan Sokongan Psikososial Di Tempat Kerja

22 Disember 2021 – ROSH telah berjaya menganjurkan webinar 2.0, berkaitan dengan kesejahteraan emosi.

Banner ROSH Webinar

Webinar : Bekerja Dari Rumah, Stress Ke? Jom Tangani Stress Semasa Pandemik

28 Julai 2021 – ROSH telah berjaya menganjurkan webinar berkaitan kesihatan mental di kalangan kakitangan semasa berhadapan dengan pandemik yang melanda. 2 pakar diketengahkan semasa webinar ini iaitu Dr. Mohd Rafee Baharudin, Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia dan Dr. Pau Kee, Pengarah Pusat Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

WhatsApp Image 2021-04-13 at 10.00.20

Kerja-Kerja Sanitasi Bulan April dan Mei 2021

13 April dan 7 Mei 2021 – Kerja Sanitasi telah dilaksanakan di Pusat Islam & Ruang Solat Masjid Al-Mursyidin, dan bas untuk proses penghantaran pulang pelajar.

frontliner

Penghargaan dari Kolej Awang Had Salleh (KHAS)

5 April 2021 – En. Rozdi sebagai mewakili Pengarah ROSH menerima ucapan terima kasih daripada Pengetua dan Wakil penghuni Kolej Awang Had Salleh (KAHS) atas tanggungjawab yang dijalankan dalam memastikan kawalan terhadap penularan pandemic Covid-19.

ROSHView

ROSHView : Bual Bicara Secara Dalam Talian

24 Mac 2021 – Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama daripada Bahagian Pengurusan Risiko & Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPSI telah menganjurkan sesi bual bicara secara dalam talian, ROSHviews: Etika Penjawat Awam Terhadap Pematuhan SOP Sepanjang Pandemik Covid-19

153069942_1310134512704331_5004554603013061637_n

Kerja-kerja Sanitasi Pejabat Kolej Kediaman Ungku Omar (KUO)

3 Mac 2021 – Kerja-kerja sanitasi oleh Pasukan “C-19 Busters” telah diadakan di Pejabat KUO berikutan terdapat kes penularan Covid.

153031034_1310138719370577_195499881635863074_n

Kerja-kerja Sanitasi Kenderaan dan Luggage bagi Proses Penghantaran Pulang Pelajar

22, 24 dan 26 Februari 2021 – Pasukan “C19 Busters” telah melaksanakan tugas sanitasi semasa proses penghantaran pelajar pulang. “C19 Busters” juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang PPE. PPE tersebut dapat digunakan ketika kerja-kerja sanitasi.

[Album Gambar]

 

Logo Covid

Penubuhan Pasukan Sanitasi Covid-19

18 Februari 2021 – Hasil bantuan dan kerjasama daripada Klinik Kesihatan Tanjung Malim (KKTM) Kementerian Kesihatan Malaysia, UPSI melalui Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Pusat Kesihatan Universiti telah berjaya membentuk satu pasukan sanitasi Covid-19 yang dinamakan “C19 BUSTERS”. Pasukan ini terdiri daripada kakitangan universiti secara sukarela. Tujuan utama pasukan ini adalah membantu universiti dalam melaksanakan sanitasi di dalam kampus.

[Album Gambar]

2020

IMG20201210102957

Kursus Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Pengandung Tekanan

10 Disember 2020 – ROSH telah menganjurkan kursus separuh hari di Bengkel Mekanikal FTV, kepada kepada kakitangan yang terlibat supaya dapat memastikan jentera berkenaan berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.

[Album Gambar]

taklimat bekerja tempat tinggi

Taklimat Bekerja Tempat Tinggi Kontraktor Pencucian Bangunan

24 Ogos 2020 – Dalam memastikan keselamatan dan kesihatan orang lain seperti yang telah dinyatakan dalam Dasar KKP UPSI, BPRKKP sentiasa mengambil peduli orang yang bekerja dalam kawasan kampus termasuklah kontraktor pencucian. Jesteru itu, taklimat diberikan setiap kali kerja-kerja hendak dilakukan terutamanya melibatkan kerja yang berisiko tinggi seperti bekerja di tempat tinggi.

tetamu

Lawatan Kerja Unit Risiko, UNISZA ke BPRKKP-UPSI

11 Ogos 2020 – BPRKKP telah menerima lawatan kerja daripada Unit Risiko, UNISZA yang diketuai oleh Ketua Unit Risiko, En. Baharin Salim @ Abdullah. Lawatan berkenaan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam melaksanakan operasi pengurusan risiko.

[Album Gambar]

Lawatan dan Penasihatan BPRKKP ke Kafeteria

30 Julai 2020 – Pengarah BPRKKP telah melawat ke kafeteria bagi melihat dan memantau kesediaan kafeteria dalam mengaplikasi SOP seperti kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Hasil lawatan tersebut mendapati kafeteria telah melaksanakan SOP berkenaan dengan baik.

[Album Gambar]

Sesi Perbincangan Semakan Semula Daftar Risiko PTj Teras 1

28 Julai 2020 – Unit Pengurusan Risiko telah mengadakan sesi perbincangan bersama ketua PTj dibawah Teras 1 ( Kebitaraan Akademik) untuk  memurnikan daftar risiko bagi setiap PTj masing-masing.

Lawatan dan Penasihatan BPRKKP ke Fakulti Muzik dan Seni Persembahan

28 Julai 2020 – Bagi memastikan kesediaan fakulti dalam melaksanakan pengajian akademik dalam tempoh PKPP, satu lawatan dan penasihatan telah dibuat di Kompleks Muzik dan Seni Persembahan. Lawatan yang diketuai oleh Pengarah BPRKKP (ROSH) telah pergi melawat ke semua tempat yang akan dijadikan kelas pengajian nanti.
[Album Gambar]

Lawatan dan Penasihatan BPRKKP ke Pusat Kokurikulum

16 Julai 2020 – Sesi lawatan dan penasihatan ke pusat tanggung jawab (PTj) diteruskan lagi di PTj Pusat Kokurikulum yang mengurus Advanture Park.
[Album Gambar]

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Jawatankuasa Pemantauan Kafeteria

Pada 14-15 Julai 2020, telah berlangsung bengkel penyediaan garis panduan pengurusan kafeteria. Garis panduan ini disediakan bagi menyelaras semua pentadbir kafeteria dan kiosk dalam memastikan kawalan kualiti makanan dan harga serta servis yang terbaik dapat dipersembahkan oleh pengusaha premis makanan.
[Album Gambar]

Pemeriksaan Ulangan Jentera 

13 Julai 2020 – Pemeriksaan ulangan jentera dilakukan oleh Pegawai JKKP Perak bagi 3 unit dandang stim dan 3 unit mesin angkat untuk pembaharuan sijil perakuan kelayakan.
[Album Gambar]

lawatan 2

Lawatan dan Penasihatan BPRKKP ke Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC)

3 Julai 2020 – Sesi lawatan dan penasihatan ke pusat tanggung jawab (PTj) diteruskan di PTj NCDRC
[Album Gambar]

lawatan

Lawatan dan Penasihatan BPRKKP ke Pusat Sukan dan Pusat Islam

2 Julai 2020 – Pengarah BPRKKP meneruskan sesi lawatan dan penasihatan ke Pusat Sukan dan Pusat Islam bagi melihat kesediaan PTj berkenaan dalam menjalankan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
[Album Gambar]

lawatan 3

Lawatan dan Penasihatan BPRKKP ke Perpustakaan Tunku Bainun, Muzium Pendidikan Nasional dan Bahagian Keselamatan

1 Julai 2020 – Dalam memastikan operasi standard New Norma PKP dilaksanakan, Pengarah BPRKKP telah melaksanakan sesi lawatan dan penasihatan ke pusat tanggung jawab (PTj). PTj yang diberi keutamaan adalah PTj yang kerap berurusan dan menerima pelanggan.
[Album Gambar]

edaran sanitiser

Pengedaran ‘Hand Sanitizer’ kepada semua PTj

3 Jun 2020 – Dalam menyokong UPSI dalam menggalakan New Norma PKPP, BPRKKP dengan kerjasama Fakulti Sains dan matematik mengambil inisiatif menghasil dan mengedar ‘hand sanitizer’.
[Album Gambar]

pemeriksaan pintu masuk

Pemeriksaan Suhu dan Pengistiharan Kesihatan di Pintu Masuk UPSI

16 Mei 2020 – Dalam memastikan kawalan terhadap penularan Covid-19 di dalam UPSI, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), BPRKKP (ROSH-UPSI) dan Bahagian Keselamatan (BKES) telah membuat membuat saringan  kesihatan di pintu masuk kampus. Kawalan tersebut dilakukan setiap kali ada pergerakan masuk semua individu yang berurusan dengan UPSI termasuk pekerja kontraktor harian dan kakitangan. Saringan tersebut dilakukan setiap hari sehingga pihak UPSI menerima arahan dari pihak berkuasa.
[Album Gambar]

taklimat kontraktor

Taklimat Keselamatan Kontraktor Pembersihan Kawasan

19 dan 21 Feb 2020 – JPPHB dan BPRKKP (ROSH-UPSI) telah melaksanakan taklimat keselamatan kepada semua pekerja kontraktor pencucian kawasan yang melibatkan 6 syarikat. Pada 19 Feb 2020, taklimat dilaksanakan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah manakala pada 21 Feb 2020 pula di Kampus Sultan Azlan Shah.
[Album Gambar]

edaran bunting

Pengedaran Gegantung Kesedaran Mengenai ‘Coronavirus’

5 Februari 2020 –  BPRKKP (ROSH-UPSI) telah mengambil langkah awal memaklumkan mengenai kesedaran ‘Coronavirus’ di kalangan warga kampus.
[Album Gambar]

2019

fire drill KZ

Latihan Simulasi Menyelamat Mangsa Kebakaran Kolej Za’ba

10 Dis 2019 – Latihan Simulasi Menyelamat Mangsa Kebakaran telah berjaya dilaksanakan oleh MMK Kolej Za’ba yang melibatkan agensi luar iaitu BOMBA Tg.Malim, PDRM IPD Muallim dan Balai Polis Tg.Malim, Klinik Kesihatan Tg.Malim dan Angkatan Pertahanan Awam Muallim. Selain dari agensi luar, PTj dalaman juga terlibat sama membantu melancarkan latihan berkenaan antaranya Pusat Kesihatan Universiti (PKU), JPPHB, Bahagian Keselamatan dan ROSH UPSI sendiri.
[Album Gambar]

menyelamat di air

Kursus Dalaman Asas Menyelamat di Air

26 & 27 Nov 2019 – Seramai 25 orang peserta telah berjaya menamatkan Kursus Dalaman Asas Menyelamat di Air selama 2 hari pada 26 dan 27 November 2019. Kursus anjuran bersama BPRKKP dan Unit Latihan BSM tersebut telah diadakan di Kolam Renang, Arena UPSI dan Tasik Marina UPSI. Kursus ini dikendalikan oleh pelatih daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terutama dari Balai Bomba Tanjong Malim.
[Album Gambar]

kesedaran keselamatan di air

Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) – Kursus Kesedaran Keselamatan di Air

24 Okt 2019 – Seramai lebih kurang 35 orang kakitangan telah mengikuti kursus kesedaran keselamatan di air sempena Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) yang dianjurkan oleh BPRKKP (ROSH-UPSI) dan Pusat Kesihatan Universiti. Kursus berkenaan telah dikendalikan oleh instruktor berpengalaman.
[Album Gambar].

crime

Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) – Talk : Don’t Be A Victim

24 Okt 2019 – Pengisian berunsur demo dan praktikal dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan sempena Program 3S. Pengisian ini telah disampaikan oleh Master Saiful Hamiruzzaman yang memfokuskan kepada demonstrasi menyelamatkan diri daripada mangsa jenayah. 
[Album Gambar]

bicara tokoh

Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) – Bicara Tokoh

23 Okt 2019 – Bersempena Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) satu sesi bicara tokoh mengenai perkongsian kejayaan di masa muda oleh seorang selebriti tempatan, Anzalna Nasir telah diadakan oleh Pusat Kaunseling bagi memberi pendedahan dan pencerahan kepada warga kampus berkaitan alam perniagaan dan pekerjaan.
[Album Gambar].

perasmian

Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) – Majlis Perasmian, Walkathon dan Kempen Keselamatan Jalanraya

23 Okt 2019 – Majlis perasmian Program 3S telah disempurnakan oleh ADUN Behrang, YB Aminuddin Zulkipli. Bersempena dengan Program 3S, pelbagai pengisian telah disusun dan dilaksanakan. Program ini adalah hasil kerjasama dari BPRKKP (ROSH-UPSI), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pusat Kaunseling, Bahagian Keselamatan, Pusat Islam, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEPA). Majlis perasmian berkenaan diisi dengan aktiviti Walkathon dan Kempen Kesedaran Jalanraya yang melibatkan Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 
[Album Gambar].

townhall

Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) – Townhall

22 Okt 2019 – Bersempena Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) satu Sesi Townhall yang dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia dengan kerjasama BPRKKP berkaitan Tabung Kebajikan dan Insuran Berkelompok telah diadakan. Sesi yang dijalankan pada waktu pagi ini melibatkan kakitangan UPSI sebagai peserta bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua berkaitan kebajikan pekerja.
[Album Gambar]

forum

Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) – FORUM Isu LGBT

22 Okt 2019 – Bersempena Program 3S ( Sihat, Selamat dan Sejahtera) satu forum kesedaran berkaitan dengan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) telah dilaksanakan oleh Pusat Kaunseling. Ahli panel yang dijemput khas adalah Cr. Tn. Hj. Hushim Hj. Salleh, Perunding Motivasi.
[Album Gambar].

fire drill ncdrc

Latihan Pengunsian Bangunan NCDRC

10 Julai 2019 – BPRKKP (ROSH-UPSI) telah berjaya menganjurkan latihan pengunsian bangunan pada  jam 0945pagi dengan kerjasama agensi BOMBA dan Pusat Tanggungjawab UPSI iaitu JPPHB dan Bahagian Keselamatan.

Latihan ini melibatkan hampir 300 orang penghuni yang merupakan bayi, kanak-kanak dan kakitangan taska/tadika.
[Album Gambar]